“PUJI adalah simbol kepada usaha pemerkasaan rakyat, yang merapatkan jurang melebarkan peluang tanpa prejudis memacu Wilayah Persekutuan yang sejahtera”
YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
“Inisiatif inklusif yang merancakkan Malaysia Madani terus dipacu JWP dengan manifestasi PUJI dalam tekad menoktahkan kemiskinan tegar seluruh warga Wilayah Persekutuan”
YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim
Ketua Pengarah, Jabatan Wilayah Persekutuan
Latihan dan peluang pekerjaan diberikan pada Ketua Isi Rumah/Ahli Isi Rumah untuk meningkatkan pendapatan.
Membantu meningkatkan pendapatan isi rumah dan mengurangkan kos sara hidup.
Skim caruman/insuran sosial untuk Ketua Isi Rumah sebagai perlindungan kepada kumpulan berisiko tinggi.
Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan kesedaran mengenai gaya hidup sihat.
Kemudahan infrastruktur asas bagi kesejahteraan hidup.
Akses kepada pendidikan dan kemudahan tambahan percuma kepada pelajar dari golongan berpendapatan rendah
Peserta PUJI Asuhan Kanak-Kanak
Sebaik sahaja menamatkan Modul Asuhan Kanak-Kanak Permata PUJI dengan cemerlang selama 3 bulan, Shazana tekad untuk menceburi bidang baru ini dengan mengambil alih pengurusan Pusat Asuhan Taska Khalifah Permata di Kuchaimas mulai Oktober 2024. Berbekalkan Sijil Permata, bellau kini menguruskan jagaan 27 orang kanak-kanak dengan sokongan 5 orang kakitangan di pusat asuhannya dengan pendapatan bersih sebanyak RM3,500.00 sebulan.
Peserta PUJI Dandanan Rambut
Setelah tamat Modul Kemahiran PUJI, Zikri dan Fatimah menyahut cabaran menyambung kemahiran mereka melalui Sijil Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 bulan di Melaka sebagai menyambung kemahiran sehingga Pensijilan SKM Level 2 sambil bekerja di mana mereka diberikan gaji sebanyak RM1,200 dan elaun kemahiran sebanyak RM500 sebulan.
Peserta PUJI Seni Kreatif
Selepas 2 bulan menamatkan kursus kemahiran seni kreatif, Tun benar-benar menggunakan ilmu kemahiran yang ada untuk menjana pendapatan sehingga RM2,400 melalui beberapa tugasan freelance seperti video montaj program, video promosi produk, video majlis makan malam korporat sehingga penghasilan video lawatan rasmi delegasi luar negara daripada Filipina.
Peserta PUJI Seni Kreatif
Amirul turut mengambil peluang untuk berjinak-jinak dalam bidang videografi sehingga berjaya memperoleh pendapatan RM1,300 hanya dalam bulan pertama beliau mengaktifkan diri dalam bidang ini walaupun mempunyai pekerjaan sepenuh masa. Sumber pendapatan ini diperoleh hasil projek kolaborasi videografi dengan beberapa syarikat seperti Premiera Hotel KL, Threadstone Capital dan CIDB.
Program Usaha Jaya Insan (PUJI) dirangka sebagai pendekatan inklusif dalam menangani isu sosio-ekonomi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.





















Sekiranya anda berstatus miskin dan miskin tegar dalam sistem eKasih, anda layak menyertai PUJI.

Program pendayaupayaan Ketua Isi Rumah/ Ahli Isi Rumah yang produktif dengan menyediakan latihan kemahiran, keusahawanan & peluang pekerjaan untuk meningkatkan pendapatan