Kisah Kejayaan

Produk Hasil Kejayaan Daripada Inisiatif PUJI

Dengan kerjasama pelbagai sektor, program ini berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup dan membangunkan komuniti yang lebih berdaya saing.

Hasil Kejayaan

Nor Shazana Binti Sah Harudin

Peserta PUJI Asuhan Kanak-Kanak

Sebaik sahaja menamatkan Modul Asuhan Kanak-Kanak Permata PUJI dengan cemerlang selama 3 bulan, Shazana tekad untuk menceburi bidang baru ini dengan mengambil alih pengurusan Pusat Asuhan Taska Khalifah Permata di Kuchaimas mulai Oktober 2024. Berbekalkan Sijil Permata, bellau kini menguruskan jagaan 27 orang kanak-kanak dengan sokongan 5 orang kakitangan di pusat asuhannya dengan pendapatan bersih sebanyak RM3,500.00 sebulan.

Muhammad Zikriilah Bin Marzuki & Siti Fatimah Binti Azmi

Peserta PUJI Dandanan Rambut

Setelah tamat Modul Kemahiran PUJI, Zikri dan Fatimah menyahut cabaran menyambung kemahiran mereka melalui Sijit Lathian Dual Nasional (SLDN) selama 2 bulan di Melaka sebagai menyambung kemahiran sehingga Pensijilan SKM Level 2 sambit bekerja dimana mereka diberikan gaji sebanyak RM1,200 dan elaun kemahiran sebanyak RM500 sebulan.

Ahmad Tun Zafil Bin Ahmad

Peserta PUJI Seni Kreatif

Selepas 2 bulan menamatkan kursus kemahiran seni kreatif, Tun benar-benar menggunakan ilmu kemahiran yang ada untuk menjana pendapatan sehingga RM2,400 melalui beberapa tugasan freelance seperti video montaj program, video promosi produk, video majlis makan malam korporat sehingga penghasilan video lawatan rasmi delegasi luar negara daripada Filipina.

Amirulhisham Bin Mohd Yusof

Peserta PUJI Seni Kreatif

Amirul turut mengambil peluang untuk berjinak-jinak dalam bidang videografi sehingga berjaya memperoleh pendapatan RM1,300 hanya dalam bulan pertama beliau mengaktifkan diri dalam bidang ini walaupun mempunyai pekerjaan sepenuh masa. Sumber pendapatan ini diperoleh hasil projek kolaborasi videografi dengan beberapa syarikat seperti Premiera Hotel KL, Threadstone Capital dan CIDB.

Copyright © PUJI 2025. All Rights Reserved.