“PUJI adalah simbol kepada usaha pemerkasaan rakyat, yang merapatkan jurang melebarkan peluang tanpa prejudis memacu Wilayah Persekutuan yang sejahtera”
YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
“Inisiatif inklusif yang merancakkan Malaysia MADANI terus dipacu JWP dengan manifestasi PUJI dalam tekad menoktahkan kemiskinan tegar seluruh warga Wilayah Persekutuan”
YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim
Ketua Pengarah, Jabatan Wilayah Persekutuan


Latihan dan peluang pekerjaan diberikan pada Ketua Isi Rumah/Ahli Isi Rumah untuk meningkatkan pendapatan.

Membantu meningkatkan pendapatan isi rumah dan mengurangkan kos sara hidup.

Skim caruman/insuran sosial untuk Ketua Isi Rumah sebagai perlindungan kepada kumpulan berisiko tinggi.

Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan kesedaran mengenai gaya hidup sihat.

Kemudahan infrastruktur asas bagi kesejahteraan hidup.

Akses kepada pendidikan dan kemudahan tambahan percuma kepada pelajar dari golongan berpendapatan rendah
Peserta PUJI Asuhan Kanak-Kanak
Sebaik sahaja menamatkan Modul Asuhan Kanak-Kanak Permata PUJI dengan cemerlang selama 3 bulan, Shazana tekad untuk menceburi bidang baru ini dengan mengambil alih pengurusan Pusat Asuhan Taska Khalifah Permata di Kuchaimas mulai Oktober 2024. Berbekalkan Sijil Permata, bellau kini menguruskan jagaan 27 orang kanak-kanak dengan sokongan 5 orang kakitangan di pusat asuhannya dengan pendapatan bersih sebanyak RM3,500.00 sebulan.
Peserta PUJI Dandanan Rambut
Setelah tamat Modul Kemahiran PUJI, Zikri dan Fatimah menyahut cabaran menyambung kemahiran mereka melalui Sijil Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 bulan di Melaka sebagai menyambung kemahiran sehingga Pensijilan SKM Level 2 sambil bekerja di mana mereka diberikan gaji sebanyak RM1,200 dan elaun kemahiran sebanyak RM500 sebulan.
Peserta PUJI Seni Kreatif
Selepas 2 bulan menamatkan kursus kemahiran seni kreatif, Tun benar-benar menggunakan ilmu kemahiran yang ada untuk menjana pendapatan sehingga RM2,400 melalui beberapa tugasan freelance seperti video montaj program, video promosi produk, video majlis makan malam korporat sehingga penghasilan video lawatan rasmi delegasi luar negara daripada Filipina.
Peserta PUJI Seni Kreatif
Amirul turut mengambil peluang untuk berjinak-jinak dalam bidang videografi sehingga berjaya memperoleh pendapatan RM1,300 hanya dalam bulan pertama beliau mengaktifkan diri dalam bidang ini walaupun mempunyai pekerjaan sepenuh masa. Sumber pendapatan ini diperoleh hasil projek kolaborasi videografi dengan beberapa syarikat seperti Premiera Hotel KL, Threadstone Capital dan CIDB.
Peserta PUJI Asas Penyediaan Makanan
Setelah menamatkan latihan penyediaan makanan, Puan Faridah memulakan kiosk burger sendiri bersama suaminya yang juga seorang OKU, beralih dari menjual barangan orang lain kepada mengusahakan perniagaan sendiri. Dengan semangat keusahawanan, beliau dan suami berjaya meraih pendapatan tertinggi pada bulan Jun iaitu sebanyak RM3,847 membuktikan permintaan tinggi serta mendorongnya untuk terus mengembangkan Kiosk Burger OKU.
Peserta PUJI Hasilan Laut
Puan Raziana merupakan peserta PUJI di WP Labuan yang mengikuti modul Hasilan Laut telah berjaya mendapat pensijilan Home Based Food. Beliau telah berjaya mendapat hasil jualan secara konsisten dengan produk makanan hasilan laut, dan mengusahakan premis makanan yang menjual makanan seperti sate balut ayam, Vietnamese roll dan juga spaghetti di Ganggarak Point
Peserta PUJI Asas Penyediaan Makanan
Puan Norita telah mencapai kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih rekod pendapatan tertinggi dikalangan peserta PUJI iaitu mencecah RM22,000 hasil daripada penjualan kuih raya seperti tat nanas dan semperit. Permintaan tinggi terhadap kuih raya ini didorong oleh persediaan orang ramai menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Peserta PUJI Pendawaian Elektrik
En Johan mengambil langkah proaktif menambah pendapatan sebagai juruteknik bebas di kawasan perumahannya. Selepas menamatkan kursus teknikal selama dua bulan dan memperoleh sijil Green Card, beliau kini menjana pendapatan tambahan RM2,000 sebulan. Usaha ini meningkatkan taraf hidupnya dan membuktikan pendidikan serta latihan mampu membuka peluang lebih baik.
Peserta PUJI Asas Penyediaan Makanan
Puan Haslinda telah menunjukkan kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih pendapatan sebanyak RM1,690.00 hasil daripada penyertaan aktif dalam beberapa karnival jualan serta jualan kuih raya. Kegigihan beliau, disokong oleh penglibatan dalam program PUJI, telah meningkatkan keyakinan dirinya dan kini beliau lebih berani serta mampu memasarkan produknya dengan lebih meluas.
Peserta PUJI Pendawaian
Encik Azian memulakan kerjaya sebagai juruteknik penghawa dingin, menawarkan perkhidmatan kepada jiran dan rakan dengan pendapatan sekitar RM1,500.00 sebulan. Penyertaannya dalam PUJI mengubah segalanya. Dimana beliau menambah kemahiran dalam penghawa dingin dan elektrikal, lalu memperluaskan perkhidmatannya. Kini, beliau memiliki syarikat sendiri dalam bidang ini, dengan pendapatan yang sering melebihi RM2,000.00 sebulan serta mampu mengupah beberapa pekerja bagi menguruskan operasi syarikatnya.
Peserta PUJI Asas Penyediaan Makanan
Puan Asniza sebelum ini hanya mengambil upah sebanyak RM50 sehari untuk menyediakan sambal bilis tumbuk untuk memenuhi tempahan jirannya. Setelah mengikuti program PUJI dan berbekalkan modal perniagaan yang diberikan, beliau telah mengambil keputusan untuk menghasilkan dan menjual sendiri produk sambal bilis yang diusahakan. Hasilnya, beliau bukan sahaja meningkatkan pendapatan sehingga hampir RM4,000.00 sebulan tetapi juga mampu mengupah suri-suri rumah berdekatan rumahnya untuk menghasilkan sambal bilis tersebut.
Peserta PUJI Pes Makanan
Puan Ajilisa juga merupakan peserta PUJI di WP Labuan yang telah berjaya mendaftar untuk pensjilian Home Based Food. Produk makanan yang telah berjaya dihasilkan antaranya seperti nasi lemak ikan tahai, kuih kering (lada), popia serunding daging dan juga kuih muih. Beliau berjaya memperolehi pendapatan secara konsisten dengan berniaga di gerai di Pasar Sentral UTC, Labuan.
Program Usaha Jaya Insan (PUJI) dirangka sebagai pendekatan inklusif dalam menangani isu sosioekonomi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

















Sekiranya anda berstatus miskin dan miskin tegar dalam sistem eKasih, anda layak menyertai PUJI.

Program pendayaupayaan Ketua Isi Rumah/ Ahli Isi Rumah yang produktif dengan menyediakan latihan kemahiran, keusahawanan & peluang pekerjaan untuk meningkatkan pendapatan